AHLI Umno Cawangan Tanjung Malim menjulang Zambry sebaik saja mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya ketika merasmikan persidangan serentak mesyuarat Umno Cawangan Tanjung Malim di Slim River, semalam.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan ketepi keputusan Mahkamah Tinggi
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Rayuan semalam membenarkan rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pemegang sah jawatan itu.
Dalam keputusan sebulat suara, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang mendapati Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Rahim salah dalam membuat tafsiran peruntukan relevan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri Perak (UTNP).
“Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan gagal menilai dengan betul dan secukupnya semua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan
yang salah,” kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.
Mohd Raus dalam keputusan lisannya juga memutuskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membuat keputusan betul melantik Zambry sebagai Menteri Besar selepas mendapati Mohammad Nizar kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak pada Februari lalu.
“Kami juga berpendapat bahawa keputusan sama ada membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah dalam bidang kuasa Sultan,” katanya. Mohd Raus memberitahu peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah pihaknya akan menulis alasan penghakiman dalam tempoh seminggu.
Sulaiman memberitahu mahkamah, anak guamnya akan memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari dan memohon mahkamah menyiapkan alasan penghakiman bertulis secepat mungkin bagi membolehkan rayuan mereka didengar Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah itu juga membatalkan permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali, menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi selepas diberitahu pemohon ingin menarik balik permohonannya.
Mohd Raus berkata, mereka sependapat bahawa mengikut hak istimewa Sultan Perak, apabila permohonan Mohammad Nizar yang dibuat mengikut Perkara 16 (6) UTNP untuk pembubaran DUN ditolak, beliau mesti meletak jawatan.
“Tiada peruntukan khusus atau mandatori dalam UTNP untuk diadakan undi sokongan majoriti di DUN Perak. Malah, kehilangan sokongan majoriti Mohammad Nizar boleh ditentukan dengan cara lain (tidak hanya melalui undi).
“Sultan Perak betul untuk menjalankan siasatan dan adalah jelas bahawa Mohammad Nizar kehilangan sokongan majoriti di DUN Perak. Oleh itu, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai Menteri Besar,” katanya.
Peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, berkata anak guamnya akan meneruskan tugas seperti biasa selepas rayuannya dibenarkan.
Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas membenarkan permohonan semakan kehakimannya.
Bagaimanapun sehari kemudian, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sehingga rayuannya diputuskan. Mohammad Nizar kemudian mengemukakan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Oleh Khirul Bahri Basaruddin dan Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my
** The controversy continues in the state of Perak about who is the "rightful Menteri Besar." So, what is the next move from Nizar? Another appeal like what Zambry did, perhaps?
So when will this end if ever? When will the "Government" get down to work to bring more development to the state? Who are the losers at the end of the day? So many Questions that someone like Najib has to address one day.
Why are the Perakians being punished when their "rightful government of the day" lost out when the "3 political frogs" left Pakatan in a lurch?
I think the right and most sensible thing to do is to go back deep to the electorates for votes of confident. Looking at when Nizar was re-instated back as MB many weeks ago, I'm pretty sure Nizar will WIN it handsdown again maybe with a better showing than the last time?
I don't know, but it should be justice done at the end! **
Posted by: Stephen Dass
De Ligt’s advice for Leny Yoro
-
The 25-year-old has some advice for his younger team-mate, who he believes
is an "amazing" talent...
18 hours ago
No comments:
Post a Comment